I Miss You

Puteri menarik muncungnya… Abang angkatnya entah kenapa tiba-tiba sahaja seolah-olah ingin mencari pasal dengannya. Pada asalnya dia ingin bercerita perihal buku yang baru sahaja dibelinya namun abangnya cepat sahaja men"judge" buku tersebut berdasarkan tajuknya tanpa melihat sinopsis dan reviewnya. Sudahlah penulis kegemarannya abangnya pula seolah memperlekehkan buku penulis kegemarannya pula!

"kau dah kenapa? Nak cari gaduh dengan aku ke?" Puteri tergamam, bila pula aku cari gaduh dengan dia? Dia yang perlekeh buku favorite author aku based on tajuk je nak tuduh aku yang cari gaduh pula? Ini melampau!

"bila plak orang cari gaduh dengan dia? Orang tak ada masa nak cari gaduh dengan dia… dia yang perlekeh buku fav author orang lepas tu kata orang pula? Daripada orang cari gaduh dengan dia baik orang tidur lah!" balas Puteri malas hendak bergaduh. Sejujurnya dia rindu untuk berborak lama dengan abang angkatnya itu. Sudah berapa lama mereka tidak berborak, masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing.

"sudah lah! Jangan kacau aku lagi lah…!" abangnya balas. Puteri terdiam, sabarnya menipis, amarahnya memuncak!

"fine! Aku tak akan kacau kau lagi tapi kau jangan harap dapat cari or contact aku lagi sampai bila-bila!" sebaik sahaja mesej tersebut dihantar Puteri dengan pantas block nombor abang angkatnya. Dia geram! Dia baru sahaja ingin rapat kembali dengan abang angkatnya namun abang angkatnya seolah-olah marah dan tak ingin berhubungan dengannya lagi. Dia tak dapat menahan sebak, perlahan airmatanya mengalir… makin lama semakin deras airmatanya jatuh membasahi pipinya. Akhirnya Puteri terlelap sambil menangis…

Seminggu telah pun berlalu, ternyata abangnya langsung tak mencarinya… Puteri semakin rindu, satu-satunya kenangan yang dia ada hanyalah cawan yang dihadiahkan pada hari jadinya tahun lepas. Setiap hari Puteri termenung mengenangkan apa silapnya sehingga abangnya betul-betul marah pada dirinya? Melampau sangatkah perangai aku ni?

 'Apa patut aku cari dia kembali?' Puteri bermonolog. 'ah, tak payah lah! Dia yang cari pasal dengan aku bukan aku yang cari pasal dengan dia dulu.' amarahnya kembali menangkis. 'tapi tak salah pun kalau akau cari dia, tak rugi pun mana tahu dia memang tunggu aku chat dia balik?' hati Puteri cuba mencari alasan. 'alaa, dia sendiri yang cakap jangan kacau dia lagi dah. Lagipun dia sendiri yang tak kisah kalau kau pergi dari hidup dia buat selamanya jadi buat apa nak sibuk cari dia balik?' akalnya betah. Akhirnya Puteri akur dengan amarahnya. Namun, perasaan rindu tak dapat dihakis begitu sahaja. Andai dia teringat akan abang angkatnya Puteri akan chat dalam group yang direkanya sendiri. Disitu Puteri berborak seolah-olah abangnya ada bersama membalas chatnya. Tetapi jauh disudut hati Puteri sedar semua itu hanyalah rekaan semata-mata. 


Andainya benar abangnya sudah tak sayang lagi padanya dan telah pun melupakan dirinya, tak mengapalah. Asalkan dirinya bahagia… Biarlah dia disini menanggung rindu. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Diploma Akauntasi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

My Opinion on Gantung: 2

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis