Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel I Miss You

I Miss You

Puteri menarik muncungnya… Abang angkatnya entah kenapa tiba-tiba sahaja seolah-olah ingin mencari pasal dengannya. Pada asalnya dia ingin bercerita perihal buku yang baru sahaja dibelinya namun abangnya cepat sahaja men"judge" buku tersebut berdasarkan tajuknya tanpa melihat sinopsis dan reviewnya. Sudahlah penulis kegemarannya abangnya pula seolah memperlekehkan buku penulis kegemarannya pula! "kau dah kenapa? Nak cari gaduh dengan aku ke?" Puteri tergamam, bila pula aku cari gaduh dengan dia? Dia yang perlekeh buku favorite author aku based on tajuk je nak tuduh aku yang cari gaduh pula? Ini melampau! "bila plak orang cari gaduh dengan dia? Orang tak ada masa nak cari gaduh dengan dia… dia yang perlekeh buku fav author orang lepas tu kata orang pula? Daripada orang cari gaduh dengan dia baik orang tidur lah!" balas Puteri malas hendak bergaduh. Sejujurnya dia rindu untuk berborak lama dengan abang angkatnya itu. Sudah berapa lama mereka tidak b...